Dikata diluah dihembus dilontar diutarakan.
Semua dusta belaka.
Fake.
Palsu.
Sama tapi tak serupa.
Ya maksud saja sama.
Bahasa jauh gila beza.
Selama tujuh tahun aku duduk berdiri.
Berguling entah.
Menghadap kerenah manusia.
Kata topeng setan.
Beraneka jadinya.
Pinta periksa semua ada bangsa.
Beraneka juga.
Pinta periksa semua ada pegangan Tuhan.
Beraneka juga.
Satu kepastian lebih setengah.
Palsu.
Perangai mungkin.
Didikan ? Entah.
Masak otak fikir.
Mahu susun ikut kumpulan.
Genre bisa lah.
Ikut rupa kini dulu selamanya lain gila.
Kerana kalau ikut rupa.
Yang bangsa agama kita pun ke laut.
Bukan pantai lagi.
Tapi laut hanyut jauh.
Ditelan ombak.
Diangkat beliung.
Gaya konon ikut omputih.
Barat segala.
Tapi lihat tak kemana jua.
IC saja sama.
Nama agama saja sama.
Tapi hakikat tak serupa kita.
Masing masing lain.
Rintihan : Ombak atau beliung agama tetap satu. Hakiki.
4 : 34 PM / 281012 .
No comments:
Post a Comment