BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Hidup kalian cukup sekadar mengenali hasil tulisan dan idea aku.Bukan tujuan mahu menyombong tapi nilai dahulu hasil jari jemari aku menari.Teima kasih kalian.

.AKU.

. coretan diri .
. rintihan & pandangan roh .
.campak kelabu buang mendung .
.kutip serpihan kerak warna,tampal.

17 May 2012

BABAK KETIGA : SEBALIK HIDUP .

Usai jingga aku perang untuk bangun .
Jam 5:35 teman aku khabarkan berita mengejut .
Dan aku ? aku masih mamai . terpana . kaget .
Apa benar ini ?
Aku . Hanya mampu menelan , mentafsir semula bait bait katanya .
Kata kata dari diri aku yang sentiasa merangkak dalam mengenal erti kehidupan ,
hanyalah : Kamu disana , bersabarlah .
Dia (Tuhan) akan sentiasa ada buat diri kamu .
Terus . Aku cuba , cuba dan cuba lagi .
Terus memaksa untuk berfikir .
Oh ya . Jadi apa benar , sekeliling kita kata MATI .
Itu satu petanda ? 
Ah kusut . Kau buat aku kusut .
Jika bukan aku pegang dunia , apatah lagi mati .
Terus lebih mendalam rasa , aku hanya mampu menganggap
semua ini adalah iktibar .
Lenggok lemah gemalai kehidupan .
Tarian kehidupan .
Lorong dan corong kehidupan .
Awan , tak sentiasanya mendung .
Langit , tak selalunya cerah .
Hidup berbalah balah .
Sering manusia gaya kita ditolak .
Ke tepi , ke tengah dan ke tepi semula .
Ke bawah , pernah rasa . Ke atas , sering ? Ah tidak .
Kisah panahan hidup.
Setahu aku ada permulaannya , ada juga penamat .

Rintihan : Buat teman , salam takziah .
12:47AM / 180512 .